Wednesday, 14 March 2012

hanya padaMu..

ya ALLAH ya tuhanku

aku memohon kepadaMu

Engkau bahagiakanlah dirinya dengan insan yang dicintainya

Berikanlah sedikit kebahagiaan di sebalik seribu kedukaan

Peliharakanlah segala amalannya

ya Allah

sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang ada di dalam hatiku

aku memohon seribu keampunan dari Mu ya Allah

sekiranya keinginanku tiada di dalam perancanganMu

tiada satu yang terlepas dari pandangan Mu ya Allah

kerana Engkau Maha Melihat

kerana Engkau Maha Mengetahui

kerana Engkau Maha Besar

ya ALLAH...

ampunilah diriku ini

sekiranya aku tergelincir daripada tugasanku

bawa lah aku kembali kepada jalan Mu ya ALLAH

aku meminta dan memohon

hadiahkanlah kepadanya teman di dunia dan pemimpin di akhirat sana

berkatilah kehidupannya ya Allah

kepadaMu aku meminta

kuatkan lah diriku ini

menerima segala dugaan dari Mu ya Allah

ya Allah..ya Rahman..ya Rahiim...

kuatkan lah iman ku, teguhkan lah pendirianku

sebelum ajal menjemputku

izinkan aku menyebut kalimah suciMu ya ALLAH

kerana aku tahu...

daripadaMu aku datang

dan kepada Mu aku kembali...


amiin..ya rabbal aalamiin..






berdoa dan terus berdoa..Allah slalu ade utk hmbeNye..

2 comments: