Thursday, 5 April 2012

qalam hamba untuk makcik

pena ku atur
tinta bermula
bicara hamba bicara teratur
assalamuailakum doa mula bicara...

makcik
tiada ugkapan dari hamba
melainkan ucapan terima kasih
kerana kesetiaan makcik
hadir pada hamba
yg hilang arah tuju
terkadang sesat dalam cahaya
terkadang duka dalam mengukir semekar senyuman

makcik
hamba insan penuh dosa
begitu kerdil di sisi Sang Pencipta
perilaku hamba perilaku manusia
manusia yg penuh kekurangan
sekiranya ada tersalah bahasa
terlanjur mengatur buah fikiran
terkhilaf minda menduga
tersilap hati berbicara
hamba pohon di berikan peluang
sebelum mata terpejam rapat
sebelum udara ku hidup menjadi hiasan
sebelum hidup menjadi kenangan
maaf kan lah segala kekurangan
supaya menjadi pembantu di akhirat kelak


makcik
hamba titipkan sepotong doa
doa hamba kepada sahabat
doa hamba kepada teman
yg senantiasa mendengar
ceritera hamba yg lemah ini
agar makcik selamat dunia akhirat
agar makcik menjadi penghuni syurga
agar makcik mendapat kebahagiaan
agar makcik mendapat apa yg di inginkan
agar yang terbaek menjadi milik makcik
insyaAllah..


Qalam ikhlas untuk makcik






makcik
air jernih itu elok disimpan
jangan bazirkan atas sebuah hubungan
kongsi rasa bersama manusia
manusia itu penuh kekurangan
rasa indah dalam mengatur sebuah kehidupan
semoga makcik sentiasa bahagia di sisinya
jgn dijadikan riwayat hamba sebagai satu ikutan
namun jika makcik senang mengingkarinya
nescaya hati akan menjadi pedih
pasti gugur air mata jernih
kisah hamba kisah luka
kisah hamba kisah duka
kisah ttg sendirian hamba mengatur langkah
mencari hikmah di atas setiap kejadian
semoga dia menjadi pemimpin
pemimpin makcik
di dunia dan jua di akhirat nanti



pena menari mula berhenti
jemari letih mengukir ukiran
ukiran indah untuk seorang insan
insan yg bergelar seorang MAKCIK...









kuatkan diriku untuk menyebut asma'Mu ya ALLAH..

No comments:

Post a Comment